Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1. DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk
memenuhi keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a. Kemahiran Lisan
b. Kemahiran Bacaan
c. Kemahiran Tulisan
d. Kemahiran Ejaan
kemahiran menulis memerlukan kaedah tertentu bagi mengatasi masalah murid |
Murid pemulihan memerlukan bimbingan yang rapi dan teliti dari guru |
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3: KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.
1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.
2. KEMAHIRAN BACAAN
2.1 DEFINISI MEMBACA
Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.
Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.
Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
KESIMPULANNYA:
Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.
2.2 PROSES BACAAN
2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)
a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.
2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)
a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.
b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan
2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)
a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)
a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.
2.3. KESEDIAAN MEMBACA
Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.
2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan
membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.
2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN
Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.
2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH
- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan
dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap
dan lain-lain.
2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:
- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.
2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)
- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.
2.3.1.6 PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN
2.4.1 BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA
- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.
2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.
2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA
- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian .
3 KEMAHIRAN TULISAN
3.1. DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
3.2. PERANAN TULISAN
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
No comments:
Post a Comment